Sabtu, 30 Mei 2009

Selamat Pengantin Baru

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir"
(Ar-rum:21)

Bermula sahaja musim cuti persekolahan berpusu-pusu kad jemputan walimah sampai. Hari ini dan esok sahaja sudah dapat 3 jemputan ke walimah..

Tahniah kepada sahabat-sahabat yang baru dan akan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah kerana sudah sempurna separuh tuntutan agama. Kalian sudah melangkah ke fasa bait muslim setelah melepasi fasa pembinaan fardu muslim. Mudah-mudahan bahtera kalian dipenuhi mawaddah dan rahmah. Terutama di akhir zaman yang menyaksikan institusi keluarga menghadapi serangan yang sangat dahsyat disegenap penjuru. Jadikan keluarga kalian 'role model' yang terbaik di saat masyarakat mencari-cari 'role model' keluarga muslim yang benar-benar menjadikan Islam sebagai cara hidup.




SELAMAT PENGANTIN BARU



Aini & Arifin
(sahabat USM)
30 Mei 2009
K.Huda & Azli
(sahabat exKias)
31 Mei 2009
K.Yati Abdullah & Zali Ibni Abu Jalal
(sahabat exDq)
31 Mei 2009
K.ma wahida & Us Hafizuddin Kassim
(sahabat KIAS)
4 Jun 2009
K.siti Mardiana & Khairul Anwar bin Ahmad
(sahabat Kias)
4 Jun 2009



Barakallahu fikum ajma'in...



Nota: Walaupun 3 jemputan dapat, satu pun tidak berkesempatan untuk hadir. Apa pun, doa saya mengiringi kalian semua..

Jumaat, 15 Mei 2009

Selamat Hari Guru


Dedikasi buat semua guru-guru yang pernah mengajarku di PASTI Kuala Paka (1991-1992), SK Paka (1993-1994), SK Seri Paka(1994-1998), Maahad Darul Quran -Rusila-(1999-2005), Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (2005-2009) dan semua yang bergelar murabbi dan pendidik.


'Selamat Hari Guru'


Terima kasih di atas tunjuk ajar dan pengorbananmu.

Moga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik-baik pembalasan.

Penawar Hati


Ubat Hati

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut:


Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya.


Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa.


Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam.


Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam


dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik penciptaan. Bermulanya dengan setitik air yang hina sehinggalah bergelar seorang insan bernama manusia. Diberikan pula berbagai-bagai nikmat yang tak ternilai banyaknya tanpa mengira siapa kita. Namun, kita sering lalai dan lupa untuk mensyukuri di atas anugerah yang dikurniakan, bahkan kita masih lagi berlumba-lumba mengejar kemewahan yang bersifat sementara itu.

Nikmat yang paling berharga dikurniakan kepada manusia ialah nikmat hati, yang merupakan raja segala gerak-geri dan tingkah-laku yang dipertontonkan oleh manusia. Hati yang diciptakan Allah semulia-mulia kejadian, di situlah akal manusia, di situlah buruk, baik, sihat, lemah manusia, di situlah segala-galanya.

Benarlah apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW: “ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.

Hatilah punca segala-galanya. Jika tidak berpunca dari hati yang kotor, manusia tidak akan melakukan maksiat terhadap penciptanya. Namun, kita sentiasa tidak menghiraukan gelagat hati kita. Kita sering biarkan hati kita dikotori titik-titik hitam dan dihinggapi berbagai-bagai penyakit yang menjijikan. Lantas, hasilnya segala gerak-geri yang dipertontonkan melencong dari jalan yang dikehendaki Allah.

Al-Quran yang diturunkan kepada kita melalui insan agung SAW merupakan mukjizat yang tidak ada tolak bandingnya, bahkan ia juga sebagai ubat bagi mengubati hati yang berpenyakit. Dengan kita melazimi membacanya dan mentadabbur apa yang terkandung di dalamnya, akan memperolehi ketenangan hati yang akan menyebabkan hati sentiasa tidak lalai mengingati Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “ketahuilah, dengan mengingati Allah itu, hati akan tenang”.


Begitu juga dengan mengosongkan perut dari terlalu kenyang akan mengubati segala penyakit yang tersemat dihati kerana dengannya hati akan beroleh kerehatan dan meringankan untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT serta menjauhkan dari segala penyakit yang memudaratkan. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Barangsiapa yang sedikit makannya, sihatlah perutnya dan bersihlah hatinya. Barangsiapa yang banyak makannya, maka sakitlah perutnya dan keraslah hatinya”.

Sabda Rasulullah SAW lagi: “ janganlah kamu matikan hati kamu dengan membanyakan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama tumbuh-tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati ”.



Bangun disepertiga malam


Seterusnya, diantara ubat bagi mengubati hati ialah dengan sentiasa bagun malam beribadat kepada Allah SWT kerana dengannya akan menjauhkan diri kita dari tipu daya syaitan dan menjauhkan dari melakukan dosa serta mendapat keredhoan dari Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa mengingati ummatnya: “ hendaklah kamu bangun malam ( beribadat ) walaupun hanya mengerjakan satu rakaat sembahyang ”.

Oleh itu, bagi memastikan hati kita dalam keadaan sentiasa bersih dari segala penyakit, hendaklah kita melazimi dengan membanyakan beribadat kepada Allah disepertiga malam kerana waktu itulah Allah SWT turun ke langit dunia bagi melihat siapa diantara hambanya yang berjaga malam, beribadat kepadanya.


Berada dalam majlis ilmu


Begitu juga, hati akan terubat dari segala penyakit dengan sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh. Ini akan menyebabkan sedikit sebanyak akan terikut dengan tingkah laku, perbuatan dan percakapan mereka yang sentiasa mengingati Allah SWT. Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda: “ Berkata Luqman Al-Hakim kepada anaknya, wahai anakku, sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama ( orang-orang yang soleh ) dan dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah SWT akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat ”.

Berkata seorang hukama’ : “ Sesungguhnya Allah SWT mempunyai sebuah kebun di atas dunia ini, barangsiapa yang masuk ke dalamnya maka bahagialah hidupnya. Kemudian ditanya padanya: “apakah kebun itu?, lantas dijawab bahawa kebun itu adalah majlis-majlis ilmu ( mengingati Allah ).

Begitulah di antara penawar-penawar yang digariskan oleh ulama bagi mengubati hati-hati kita dari segala penyakit yang menyebabkan gerak geri yang dipertontonkan oleh kita melencong ke arah kemurkaan Allah SWT. Mudah - mudahan kita digolongkan dikalangan hamba-hambanya yang sentiasa dalam keadaan hati bersih dari segala penyakit-penyakit yang menyebabkan kita lalai mengingati Allah SWT.

Mohd Haris b. Hairun Paezi

Matikah hati kita?


Tanda hati mati


Artikel Asal oleh: K.H. Abdullah Gymnastiar

Diolah ke Bahasa Malaysia oleh: Khairul Amar Razali



"Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka seksa yang berat."

(Q.S. Al-Baqarah [2]: 7)


Pernahkah antara kita suatu ketika sampai pada keadaan berupa sama sekali tidak merasakan sedih dan kecewa kerana melewa dan melewatkan suatu amal kebaikan yang sebenarnya harus dan perlu kita lakukan? Bersamaan dengan itu betapa kita pun sama sekali tidak merasakan penyesalan setelah hati dan tubuh ini tergelincir berbuat dosa dan kemaksiatan?

Sekiranya kita pernah atau bahkan saat ini sedang mengalami hal semacam itu, maka berwaspadalah, kerana semua itu tidaklah diragukan lagi sedikit pun merupakan salah satu dari aneka tanda matinya hati iaitu qalbun mayyit.

Hati yang mati itu tidak ada bezanya dengan jasad yang sudah tidak bernyawa. Berkali-kali dicubit, dipukul, bahkan diiris-iris sekalipun, ia tidak akan merasakan apa-apa. Bagi orang yang hatinya sudah mati, saat melakukan perbuatan baik dan saat melakukan perbuatan buruk adalah hal yang biasa-biasa saja, tidak ada nilainya sama sekali.

Bahkan, dia pula berasa bangga akan masa lalunya yang penuh berhiaskan aneka perbuatan nista dan kemaksiatan, misalan mencuri, berzina, menipu, korupsi, berbuat zalim terhadap orang lain, dan sebagainya. Kalaupun berbuat suatu kebaikan, sekecil apa pun, maka itu hanyalah akan membangkitkan kebanggaan pada diri sendiri, rindu pujian, serta penuh rasa ujub dan takabur belaka.

Adapun ciri utama pemilik qalbun mayyit adalah menolak kebenaran dari Allah Azza wa Jalla dan selalu gemar berlaku zalim terhadap sesama makhluk dan kepada dirinya sendiri. Kedua ciri yang nyata ini disebabkan Allah telah menutup dan mengunci rapat-rapat hatinya, sehingga kendatipun masih wujud fizikal dan mental masih manusia, namun sesungguhnya ia tidak ubahnya seperti binatang ternak atau bahkan lebih hina dan sesat lagi daripada itu.

Beberapa firman Allah sebagaimana termaktub dalam ayat-ayat Alquran telah menegas serta memberikan gambaran yang jelas ehwal susuk manusia seperti ini. Wahai hamba-hamba Allah yang sangat takut tergolongkan memiliki qalbun mayyit, semaklah peringatan-peringatan Allah yang Maha Perkasa tentang hal ini agar diri kita mendapatkan pelajaran.



" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah). Mereka memunyai mata, tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah). Mereka mempunyai telinga, tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Q.S. Al-Araaf [7]: 179).




Mungkin kita pernah membaca berita di dada-dada akhbar tentang seorang pemuda yang menginginkan dibeli sepeda motor oleh ibunya, namun apa terjadi kepada sang ibu apabila tidak meluluskannya? Betapa dangkal dan dungunya si anak, tanpa berfikir panjang lagi terus mengambil sebilah pisau. Ditariknya rambut sang ibu, lalu disembelih lehernya. Ketika ayahnya datang kerana mendengar jeritan yang menyayat hati, dia pun langsung menyambutnya dengan tusukan pisau ke dada sang ayah. Kedua orang tua yang telah membesarkannya itu akhirnya tewas di tangan anak kandungnya sendiri yang amat durjana itu.

Mengapa seorang anak mampu menjadi biadab seperti itu? Jawabnya, kerana ia memiliki qalbun mayyit. Ia sudah tidak mampu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Yang dikenalnya cuma satu, iaitu memuaskan hawa nafsu.

Tidak hanya orang semacam itu yang dapat diambil sebagai contoh. Banyak kita saksikan dan kita semak di media cetak atau media elektronik tentang perilaku zalim yang jelas-jelas menunjukkan bukti tentang matinya hati. Ada ayah yang tega menodai anak kandungnya sendiri. Ada anak yang menodai berkali-kali ibu kandung dan adiknya sendiri yang masih di bawah umur. Ada tiga pemuda belia yang lantaran berada dalam pengaruh dadah dan tontonan video porno, lalu mereka dengan teramat teganya menganiaya sampai mati dua gadis kecil usia sepuluh tahunan, dan bahkan setelah itu mereka pun memperkosanya berkali-kali. Bahkan, tidak sedikit pula seorang ibu yang gelap mata menjual kegadisan anak kandungnya sendiri kepada lelaki hidung belang.

Tidak sedikit pula orang yang sudah dititip dengan pangkat dan kekuasaan yang tinggi oleh Allah, kemudian dengan kedudukannya itu ia berlaku sewenang-wenang serta menindas pihak yang lemah tiada daya. Orang-orang semacam itu tertawa-tawa dan menikmati kesenangan dunia di atas penderitaan orang lain. Ketahuilah, setinggi dan sehebat apa pun kedudukan mereka, tetaplah mereka itu si qalbun mayyit!

Dengan demikian, hati yang mati adalah hati yang tidak mengenal Tuhannya. Hati seperti ini senantiasa berada dan berjalan bersama keinginan hawa nafsunya walaupun itu dibenci dan dimurkai oleh Allah Azza wa Jalla. Ia sama sekali tidak peduli apakah Allah redha kepadanya atau tidak. Pendek kata, ia telah menghamba kepada selain daripada Allah.

Apabila mencintai sesuatu, ia mencintainya kerana hawa nafsunya. Apabila membenci sesuatu pun, maka ia membencinya kerana hawa nafsunya. Begitu pula apabila ia menolak atau mencegah sesuatu, semuanya bertuhankan hawa nafsu.

Hawa nafsu telah menguasai dan bahkan menjadi pemimpin dan pengendali bagi dirinya. Kebodohan dan kelalaian telah sekian lama menjadi panduannya. Dengan demikian, ke mana saja ia bergerak, maka geraknya itu benar-benar telah diselubungi oleh pola pemikiran demi meraih kesenangan duniawi semata. Pendek kata, hatinya telah tertutup oleh lapisan gelap cinta dunia dan memperturutkan hawa nafsu angkara murka. Hawa nafsu itu telah sedemikian rupa menulikan telinganya, membutakan matanya, membodohkan akal fikirannya, dan memporak-perandakan nuraninya, sehingga tidak tahu lagi arah mana yang harus ditempuhi. Tidak tahu lagi mana yang haq dan mana yang bathil.

Lantaran itu, barang siapa bergaul dan berteman dengan orang-orang yang hatinya mati seperti ini, bererti hanya mencari penyakit sahaja. Kalau selama hidupnya tidak sempat bertaubat dan tidak segera mengubah diri, insya Allah di akhirat nanti ia akan menjadi santapan neraka jahanam. Dialah orang yang paling akan merasakan betapa kekejian yang pernah diperbuatnya tidak akan ke mana-mana, kecuali pasti akan kembali pada dirinya sendiri.

Barangsiapa yang mengerjakan sesuatu amalan walaupun sebesar biji zarah, nescaya pasti akan diperlihat!(Q.S. Az-Zalzalah [99]: 8).

Wallahua'lam

Sabtu, 2 Mei 2009

Tanggungjawab Kepimpinan

Pimpinan dalam organisasi pada semua peringkat adalah dipilih menurut amalan biasa iaitu melalui sistem mesyuarat. Pimpinan yang dipilih akan memikul amanah organisasi. Memegang jawatan dalam gerakan Islam bukannya sebagai lambang ego dan kemegahan. Oleh hal yang demikian, setiap pimpinan di seluruh peringkat hendakah berniat bahawa tugas yang dijalankan adalah semata-mata kerana Allah, bukannya bertujuan mencari kepentingan periadi dan bukan tujuan mendapat publisiti diri.

Setiap pemimpin pada semua peringkat mestilah mempunyai sikap seperti dibawah untuk melaksanakan amanah keimpinannya.

1) Mahir dan faham mengenai organisasi yang dianggoainya sama ada dari segi aturan dan peraturannya mahu pun dari segi tujuan, matlamat dan kaedah-kaedah kerja ke arah mencapai matlamat organisasi.

2) Memahami secara mendalam bidang tugas (tanggungjawab) dan bidang kuasa setiap tugas (tanggungjawab) dan bidang kuasa setiap jawatan organisasi yang diamanahkan kepadanya.

3) Mempunyai konsepsi dan visi yang jelas-sahih serta yakin terhadap kejelasan matlamat perjuangan yang ditentukan oleh organisasinya. Ia juga berkewajipan mematangkan gambarannya terhadap bentuk kerja, penyusunan dakwah dan tarbiyah di mana-mana program-program tersebut tidak sepatutnya dilaksanakan dalam bentuk irtijali.

4) Berusaha meningkatkan prestasi kerja amal dan mutu kerja dari masa ke masa.

5) Berusaha melahirkan seramai mungkin anggota atau ahli yang boleh membantunya dalam menyempurnakan tugas organisasi (pasukan petugas) serta mempertingkatkan anggota tersebut sehingga boleh menjadi pimpinan bagi mengekalkan bentuk kepmpinan yang akan datang supaya penerusan perjuangan dapat dikekalkan.

6) Berazam menjalankan tugas dan aktivitinya secara berpasukan untuk dapat merancang program-program kerja organisasi sebagai wasilah supaya matlamat perjuagan semakin hampir dan pengaruh daerah penguasaan organisasi semakin melebar di kalangan massa.

7) Sentiasa mendapat nasihat dan pandangan daripada pimpinan yang lebih tinggi daripadanya atau daripada individu-individu yang berpengalaman dalam sesuatu bidang dan mengambil pengajaran daripada kritikan-kritikan serta menukarkan kritikan tersebut menjadi cadangan yang konstruktif (mmbina).

8) Sedar bahawa semua ahli yang terdapat dalam organisasi merupakan aset atau harta yang paling berharga untuk perjuangan. Oleh yang demikian, kerja memproses kelahiran pimpinan yang berkeahlian daripada aset tersebut untuk memimpin ummah adalah suatu program penting penting dalam aktiviti organisasi.


9) Mempunyai kesediaan dan kesanggupan untuk melakukan pembaikan setiap masa dan mestilah membentuk serta mempunyai aqliah dan munazzamah supaya perjalanan organisasi dapat berjalan dngan lancar dan tertib.

10) Menjaga organisasi supaya penonjolan kekuatan, kewibawaannya bukan semata-mata disebabkan oleh faktor-faktor ketokohan tetapi oleh faktor-faktor keyakinan dan kesungguhan kerja yang berterusan dari ahli-ahlinya. Mengawasi organisasi dari sebarang penyelewengan sasaran dan matlamat dan dari sebarang penyerapan anasir-anasir perosak dari sudut fikrah dan tindakan.

11) Memajukan sebarang bakat yang sedia ada dalam organisasi dan mencungkil yang masih tiada serta mewujudkan mentaliti membina dan mentaliti jamaie.

12) Peka terhadap semua perkara yang menyentuh organisasi dan mengambil tindakan yang segera. Bijak menilai sesuatu persekitaran dan suasana dan daripadanya dapat dikeluarkan pendapat serta keputusan untuk tindakan selanjutnya.

13) Dalam rangka kerja menyusun organisasi mestilah diperhitungkan juga faktor-faktor keselamatan, keaslian dan kewibawaan organisasi itu sendiri dan mestilah wujud kerja-kerja muhasabah dan pembetulan2 dari anggota organisasi.

14) Menjalankan proses pengeluaran sebanyak mungkin bakat/bakal pimpinan untuk bertugas pada mana-mana peringkat atau bidang organisasi melalui kerja-kerja mendidik dan membimbing.


15) Menjadikan semua amalnya dalam organisasi sebagai manifestasi terhadap kalimah syahadah dan keyakinan terhadap Hari Kemudian (manifestasi keimanan).


16) Sentiasa bersedia menerima arahan yang diputuskan oleh organisasi, melakukan pembahagian tugas atau bidang kepada petugas-petugas yang sesuai dan tidak melakukan ambil alih tugas/bidang orang lain kecuali untuk membantu.

17) Bersegera menyelesaikan masalah dalam organisasi dengan cara yang berkesan dan berhikmah. Menentukan taktik dan strategi bersesuaian dengan keadaan semasa. Mengambil keputusan dan mempertahankan keputusan tersebut.

18) Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya sejahat-jahat pemimpin ialah yang membawa kehancuran iaitu al-huthamah"

19) Membendung dengan bersungguh-sungguh supaya seluruh anggota organisasi tidak menjadi ashabusyakhsiah sebaliknya menjadi golongan 'ashaburisalah'.

20) Pemimpin hendaklah mentarbiah dirinya taat kepada keputusan jamaah dan mendorong semua ahli yang berada di bawah pengawasannya untuk turut melakukan ketaatan. Latihan ketaatan adalah paling perlu sebelum boleh menerima arahan-arahan yang lebih berat dan lebih mencabar.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Dengarlah kamu dan taatlah walaupun diperintahkan kepadamu oleh seorang hamba Habsyi".

21) Kebolehan untuk membezakan antara taktik dan strategi (yang boleh berubah-ubah) dengan perkara dasar. Hendaklah mampu untuk mengubahsuai pindaan sebarang idea dan ilham dari gerakan Islam di tempat lain supaya serasi dengan waqi' dan iklim perjuangan setempat berdasarkan kajian yang mendalam.

Dipetik daripada risalah: "Kecemerlangan Organisasi"

Jumaat, 1 Mei 2009

Bagaimana mewujudkan sebuah organisasi yang baik?

Wasilah kepada penghasilan kerja yang sempurna dan memuaskan bermula daripada kewujudan satu organisasi yang mantap, kukuh dan berfungsi. Usaha untuk mewujudkan organisasi sedemikian mesti diambil berat dan serius oleh semua ahli harakah. Mengabaikan perkara tersebut menjadikan pencapaian cita-cita perjuangan hanya sebagai angan-angan dan mimpi indah. Usaha-usaha mesti dijalankan diantaranya:

1) Kaedah dasar dalam urusan organisasi ialah berikan kepada yang layak. Setiap ahli dalam gerakan mestilah berpendirian tegas iaitu apabila hendak meletakkan sesuatu tugas atau tanggungjawab mestilah ditujukan kepada anggota yang paling layak di kalangan mereka. Ini dapat dilakukan dengan menolak sikap pilih kasih ataupun membuat penilaian kelayakan berdasarkan kriteria yang tidak munasabah.

2) Anggota gerakan yang diamanahkan untuk sesuatu tanggungjawab mestilah menerimanya dengan ikhlas dan mesti memahami bidang tugas dan tanggungjawab yang dipegang. Hendaklah berusaha meningkatkan pestasi amal haraki dari masa ke semasa melalui keazaman, kecekapan dan kesanggupan bekerja.

3) Usaha untuk meningkatkan prestasi amal haraki boleh dilakukan dengan cara belajar dari pengalaman orang lain.

4) Sika berlapang dada dan sanggup ditegur harus ada pada setiap anggota organisasi yang memegang amanah kepimpinan.

5) Amal harakah adalah kerja yang memerlukan ramai pembantu. Jadi hendaklah diberikan keutamaan untuk mewujudkan pasukan petugas (working team) bagi meaksanakan sesuatu program organisasi.

6) Organisasi mesti mengenal pasti setiap anggotanya mempunyai peranan dan tugas mengikut bidang kemahiran masing-masing. Kesibukan menjalankan tugas akan mengurangkan peluang untuk pertikaian dan kritikan.

7) Elakkan sedaya mungkin dari berlakunya kejadian 'mengambil alih tugas' orang lain. Jika ini berlaku, kesannya negatif untuk organisasi.

8) Pimpinan yang lebih tinggi hendaklah menjauhkan dari sikap 'harap ada, percaya tidak' kepada anggota organisasi pimpinannya. Sikap sedemikian boleh menyebabkan petugas hilang keyakinan dan lain-lain kesan yang tidak baik kepada gerakan.

9) Suatu bahaya yang besar ialah kecenderungan melibatkan perbalahan peribadi dengan organisasi. Perbalahan peribadi dijadikan alasan untuk tidak berkhidmat dengan baik dan boleh melemahkan organisasi. Kecendurungan sebegini mesti dibasmi dengan segera.

10) Arahan-arahan gerakan mestilah difahami dengan baik supaya terbina satu arahan rantaian dari satu peringkat organisasi dengan peringkat yang lain. Rantaian arahan yang jelas akan menghasilkan program yang tepat seperti yang diarahkan.

11) Kerja-kerja dalam organisasi bukanlah satu kerja yang bersifat irtijali. Ia mesti dimulakan dengan satu perancangan rapi dan mempunyai penjadualan kerja yang tersusun dan berencana. Perkembangan dilakukan dari tahap ke tahap.

12) Kerja-kerja dalam organisasi menuntut penglibatan semua pihak. Sesuatu kerja organisasi sekiranya dilakukan oleh individu-individu tertentu sahaja tidak dinamakan organisasi. Tanggungjawab terhadap kesan kerja tersebut mesti dipikul oleh organisasi bukan oleh orang perseorangan.

13) Mesti mencari jalan untuk memilih anasir-anasir yang terbaik dan dipertingkatkan bakat dan kemampuan yang berbeza supaya layak untuk memimpin (melahirkan pimpinan pelapis).

Dipetik daripada risalah: "Kecemerlangan organisasi"