Sabtu, 14 Februari 2009

Ghazzah, senyuman si syahid !

senyum sang syahid

Islam yang kita cintai ini tidak pernah dibiarkan diterjah oleh musuh tanpa pembelaan daripada pencintanya di sepanjang zaman. Semakin kuat Islam dihimpit semakin ramai pejuang yang tampil membela walaupun terpaksa dibayar dengan harga yang mahal seperti pembantaian, pemenjaraan, pembunuhan serta diusir dari tanah leluhur. Allah SWT tidak membiarkan Islam tanpa para pembela di mana tentera Allah ini akan muncul pada saat Ummah merintih dan ketika golongan mustadh’afin bersimpuh memohon pertolongan langit.

Pembantaian umat Islam di Ghazzah pastinya mengguris hati dan perasaan kita. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun raut wajah pejuang di Ghazzah, dilihat penuh ketenangan serta dilimpahi dengan semangat yang penuh membara, tentunya bisa menggerunkan hati-hati musuh yahudi laknatullah yang sememangnya berhati tikus.

Bagaimana mereka mendapat kekuatan itu? Walhal mereka tidak punya peralatan senjata yang canggih jua dikepung dari segenap arah dan penjuru!
Mungkin senyuman sang syahid ini ada jawapannya!!

Tiada ulasan:

Catat Komen