Sabtu, 25 April 2009

Nisa' Indoor Games 2009 Meriah

"Apa yang penting??...Kerjasama!!"

Riuh rendah suara tagline daripada salah sebuah kontijen negeri sewaktu mereka memasuki dewan.

25 April 2009 yang lalu, penulis sempat menghadiri NIG09 di Dewan Jubli Perak Bangunan SSAS di Shah Alam. Sambutan daripada setiap kontijen nisa' negeri seluruh Malaysia sangat menggalakkan. NIG09 juga terbuka untuk orang awam tanpa mengira bangsa dan agama. Dianggarkan hampir 700 orang membanjiri Dewan Jubli Perak.

NIG09 yang bertemakan "EVERYONE CAN PLAY" telah dirasmikan oleh Kak Mastura, Pengerusi Nisa' Malaysia. Adik Nabila yang berumur 12 tahun telah dinobat sebagai ikon NIG09 kerana bergelar ratu catur. Beliau merupakan antara 27 orang pemain catur terbaik bawah 12 tahun ranking dunia.

Permainan yang ditawarkan seperti congkak, carom, dam aji, catur dan lain-lain mengimbas kembali kenangan sewaktu kecil-kecil dahulu. Walaupun nampak 'simple' namun mempunyai mesej yang tersendiri. Tahniah kepada pihak penganjur. Mudah-mudahan program-program alternatif sebegini diperbanyakkan lagi di masa akan datang untuk menarik golongan muda mengenali Islam.

Lihat klip video di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan