Jumaat, 30 Oktober 2009

Terima Kasih Ya Allah..


Terima kasih Ya Rahman,
Pinjamkanku sayap,
Akhirnya ku bisa terbang,
Membelah awan ilmu,
Meredah lautan makrifah,
Merentas benua khibrah.

Walau taufan melanda,
Walau badai menghempas,
Doakan sayapku thabat,
Menggalas harapan ummat,
Menuju destinasi cita..

Bayt Hamlatul Quran,
Karak, Jordan.

26 Oktober 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan