Sabtu, 25 April 2009

Nisa' Indoor Games 2009 Meriah

"Apa yang penting??...Kerjasama!!"

Riuh rendah suara tagline daripada salah sebuah kontijen negeri sewaktu mereka memasuki dewan.

25 April 2009 yang lalu, penulis sempat menghadiri NIG09 di Dewan Jubli Perak Bangunan SSAS di Shah Alam. Sambutan daripada setiap kontijen nisa' negeri seluruh Malaysia sangat menggalakkan. NIG09 juga terbuka untuk orang awam tanpa mengira bangsa dan agama. Dianggarkan hampir 700 orang membanjiri Dewan Jubli Perak.

NIG09 yang bertemakan "EVERYONE CAN PLAY" telah dirasmikan oleh Kak Mastura, Pengerusi Nisa' Malaysia. Adik Nabila yang berumur 12 tahun telah dinobat sebagai ikon NIG09 kerana bergelar ratu catur. Beliau merupakan antara 27 orang pemain catur terbaik bawah 12 tahun ranking dunia.

Permainan yang ditawarkan seperti congkak, carom, dam aji, catur dan lain-lain mengimbas kembali kenangan sewaktu kecil-kecil dahulu. Walaupun nampak 'simple' namun mempunyai mesej yang tersendiri. Tahniah kepada pihak penganjur. Mudah-mudahan program-program alternatif sebegini diperbanyakkan lagi di masa akan datang untuk menarik golongan muda mengenali Islam.

Lihat klip video di sini.

Jumaat, 17 April 2009

Kuasa 'Doa Rabithah'

Beberapa bulan yang lepas, dengan kuasa Allah, dipertemukanku semula dengan ramai sahabat-sahabat lama yang sama-sama menuntut di bumi Rusila.

Lalu teringatku akan kenangan di bumi Rusila. Kami diasuh untuk solat berjemaah, membaca ma'thurat dan mengaminkan doa rabithah bersama-sama. Sekarang sudah lima tahun bumi itu ditinggalkan.

Alhamdulillah, sekarang ini, di antara kami masih terasa bagaikan ada ikatan walau jarak dan masa memisahkan. Walaupun dahulunya ada di antara kami yang bergelar 'musuh'. Mungkin inilah 'kuasa' doa rabithah.

Doa Rabithah, kutujukan khas buat sahabat-sahabatku di mana jua kalian berada.. Moga Allah sentiasa mempertautkan hati-hati kita.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa...

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..