Khamis, 14 Januari 2010
Salam Takziah
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.
Takziah diucapkan buat sahabat seperjuangan saya Normala atas pemergian ayahandanya yang tercinta En. Abd. Halim pada hari Selasa yang lepas.
Ya Allah, kurniakanlah ketabahan hati buat sahabatku ini, mudah-mudahan roh ayahandanya ditempatkan di kalangan para solihin..
Bersabarlah atas ujian yang dihadapi...
Al-Fatihah.
Di Birai Makam Syuhada'



Kini ku di sini,
Perlahan membisik salam,
Syukur di rafa’,
Makammu akhirnya ketemu,
Ringan sudah beban rindu.
Cemburuku membara,
Di bumi jasad kalian bersemadi,
Di syurga firdausi roh kalian menanti,
Lantas membenar firman Ilahi.
Langsung tidak sia mengorban diri,
Demi sebuah kehidupan abadi.
Ibrah kawafatan kalian,
Lipatan sirah pernah berperi,
Dataran ini pernah bersaksi,
Kalian membukti iman di hati,
Tidak hanya menanti kurniaan Ilahi,
Jatuh bergolek di kaki,
Bahkan berebut- rebut menyambut panji,
Bahkan bergilir-gilir merangkul mati,
Mengejar janji Ilahi,
Akhir ‘Syahid’ kemuliaan diperolehi,
Lantas membenar sabda Nabi.
Kalian sesekali tidak meredhai,
Pantang kalimah Allah diinjaki,
Lantas dari Madinah ke Mu’tah,
Menuntut bela darah saudara,
Walau kalian hanya minoriti,
Namun kental iman dan hamasah lebih mengatasi,
Mengajar musuh erti menghormati,
Menjulang Islam ke makan yang tertinggi.
Bergelar generasi di akhir zaman,
Walau majoriti tidak memadai,
Kerna iman ternyata kontang,
Hibah dicabut,
Izzah menghilang,
Gembira musuh bukan kepalang,
Makin berani melanggar sempadan,
Kalimah Allah tidak lagi terpandang.
Pinjamkan kami baju iman,
Supaya kental manghadap tekanan ,
Pinjamkan kami baju hamasah,
Supaya semangat sentiasa basah,
Pinjamkan kami baju syaja’ah,
Supaya tegar menegak yang haq,
Bekalkan kami baju thabat,
Supaya hadam derita perjuangan.
Demi menjejak perjuangan syuhada'!
Bayt Hamlatul Quran
Mu'tah, Karak.
10 p.m
Nota: Beroleh ilham setelah menziarahi makam syuhada' ketika mencari 'bekal kekuatan' untuk menghadapi imtiham nihaie. Dokan anak-anak Malaysia di Jordan yang masih berperang dengan imtihan nihaie ketika ini.