Pimpinan dalam organisasi pada semua peringkat adalah dipilih menurut amalan biasa iaitu melalui sistem mesyuarat. Pimpinan yang dipilih akan memikul amanah organisasi. Memegang jawatan dalam gerakan Islam bukannya sebagai lambang ego dan kemegahan. Oleh hal yang demikian, setiap pimpinan di seluruh peringkat hendakah berniat bahawa tugas yang dijalankan adalah semata-mata kerana Allah, bukannya bertujuan mencari kepentingan periadi dan bukan tujuan mendapat publisiti diri.
Setiap pemimpin pada semua peringkat mestilah mempunyai sikap seperti dibawah untuk melaksanakan amanah keimpinannya.
1) Mahir dan faham mengenai organisasi yang dianggoainya sama ada dari segi aturan dan peraturannya mahu pun dari segi tujuan, matlamat dan kaedah-kaedah kerja ke arah mencapai matlamat organisasi.
2) Memahami secara mendalam bidang tugas (tanggungjawab) dan bidang kuasa setiap tugas (tanggungjawab) dan bidang kuasa setiap jawatan organisasi yang diamanahkan kepadanya.
3) Mempunyai konsepsi dan visi yang jelas-sahih serta yakin terhadap kejelasan matlamat perjuangan yang ditentukan oleh organisasinya. Ia juga berkewajipan mematangkan gambarannya terhadap bentuk kerja, penyusunan dakwah dan tarbiyah di mana-mana program-program tersebut tidak sepatutnya dilaksanakan dalam bentuk irtijali.
4) Berusaha meningkatkan prestasi kerja amal dan mutu kerja dari masa ke masa.
5) Berusaha melahirkan seramai mungkin anggota atau ahli yang boleh membantunya dalam menyempurnakan tugas organisasi (pasukan petugas) serta mempertingkatkan anggota tersebut sehingga boleh menjadi pimpinan bagi mengekalkan bentuk kepmpinan yang akan datang supaya penerusan perjuangan dapat dikekalkan.
6) Berazam menjalankan tugas dan aktivitinya secara berpasukan untuk dapat merancang program-program kerja organisasi sebagai wasilah supaya matlamat perjuagan semakin hampir dan pengaruh daerah penguasaan organisasi semakin melebar di kalangan massa.
7) Sentiasa mendapat nasihat dan pandangan daripada pimpinan yang lebih tinggi daripadanya atau daripada individu-individu yang berpengalaman dalam sesuatu bidang dan mengambil pengajaran daripada kritikan-kritikan serta menukarkan kritikan tersebut menjadi cadangan yang konstruktif (mmbina).
8) Sedar bahawa semua ahli yang terdapat dalam organisasi merupakan aset atau harta yang paling berharga untuk perjuangan. Oleh yang demikian, kerja memproses kelahiran pimpinan yang berkeahlian daripada aset tersebut untuk memimpin ummah adalah suatu program penting penting dalam aktiviti organisasi.
9) Mempunyai kesediaan dan kesanggupan untuk melakukan pembaikan setiap masa dan mestilah membentuk serta mempunyai aqliah dan munazzamah supaya perjalanan organisasi dapat berjalan dngan lancar dan tertib.
10) Menjaga organisasi supaya penonjolan kekuatan, kewibawaannya bukan semata-mata disebabkan oleh faktor-faktor ketokohan tetapi oleh faktor-faktor keyakinan dan kesungguhan kerja yang berterusan dari ahli-ahlinya. Mengawasi organisasi dari sebarang penyelewengan sasaran dan matlamat dan dari sebarang penyerapan anasir-anasir perosak dari sudut fikrah dan tindakan.
11) Memajukan sebarang bakat yang sedia ada dalam organisasi dan mencungkil yang masih tiada serta mewujudkan mentaliti membina dan mentaliti jamaie.
12) Peka terhadap semua perkara yang menyentuh organisasi dan mengambil tindakan yang segera. Bijak menilai sesuatu persekitaran dan suasana dan daripadanya dapat dikeluarkan pendapat serta keputusan untuk tindakan selanjutnya.
13) Dalam rangka kerja menyusun organisasi mestilah diperhitungkan juga faktor-faktor keselamatan, keaslian dan kewibawaan organisasi itu sendiri dan mestilah wujud kerja-kerja muhasabah dan pembetulan2 dari anggota organisasi.
14) Menjalankan proses pengeluaran sebanyak mungkin bakat/bakal pimpinan untuk bertugas pada mana-mana peringkat atau bidang organisasi melalui kerja-kerja mendidik dan membimbing.
15) Menjadikan semua amalnya dalam organisasi sebagai manifestasi terhadap kalimah syahadah dan keyakinan terhadap Hari Kemudian (manifestasi keimanan).
16) Sentiasa bersedia menerima arahan yang diputuskan oleh organisasi, melakukan pembahagian tugas atau bidang kepada petugas-petugas yang sesuai dan tidak melakukan ambil alih tugas/bidang orang lain kecuali untuk membantu.
17) Bersegera menyelesaikan masalah dalam organisasi dengan cara yang berkesan dan berhikmah. Menentukan taktik dan strategi bersesuaian dengan keadaan semasa. Mengambil keputusan dan mempertahankan keputusan tersebut.
18) Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya sejahat-jahat pemimpin ialah yang membawa kehancuran iaitu al-huthamah"
19) Membendung dengan bersungguh-sungguh supaya seluruh anggota organisasi tidak menjadi ashabusyakhsiah sebaliknya menjadi golongan 'ashaburisalah'.
20) Pemimpin hendaklah mentarbiah dirinya taat kepada keputusan jamaah dan mendorong semua ahli yang berada di bawah pengawasannya untuk turut melakukan ketaatan. Latihan ketaatan adalah paling perlu sebelum boleh menerima arahan-arahan yang lebih berat dan lebih mencabar.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Dengarlah kamu dan taatlah walaupun diperintahkan kepadamu oleh seorang hamba Habsyi".
21) Kebolehan untuk membezakan antara taktik dan strategi (yang boleh berubah-ubah) dengan perkara dasar. Hendaklah mampu untuk mengubahsuai pindaan sebarang idea dan ilham dari gerakan Islam di tempat lain supaya serasi dengan waqi' dan iklim perjuangan setempat berdasarkan kajian yang mendalam.
Dipetik daripada risalah: "Kecemerlangan Organisasi"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan