Di suatu petang...
"Siapa yang tulis ni?? Ana mahu jumpa banat ni,"
Satu suara yang garau bergema kuat. Di sebalik keriuhan dan kesibukan dewan makan asrama banat - sebetulnya tempat perjumpaan di tingkap sebuah bilik stor yang menyimpan beras. Lantas empunya suara tersebut mengunjukkan sehelai kertas-notis yang tertulis:
"KEPADA SERIGALA-SERIGALA YANG KELAPARAN, WAKTU MAKAN ANDA ADALAH PADA JAM 6.30 PETANG"
Saya merenung notis yang diberikan. Kebiasaannya AJK Lajnah Riadhah akan menampal notis pemberitahuan kepada pihak banin bahawa waktu makan mereka dilambatkan setengah jam daripada kebiasaan berikutan perlawanan bola jaring yang dianjurkan oleh mereka. Di DQ, dewan makan (banin&banat) terletak di dalam asrama banat-gelanggang bola jaring betul-betul berada di hadapan pintu masuk dewan makan. Jadi, setiap kali waktu riadhah / perlawanan bola jaring diadakan, nescaya pihak banin terpaksa menunggu sehingga tamat perlawanan.
Lalu saya menjawab:
"Maaf, ana pun tak pasti siapa yang menulis notis ini, nanti ana akan rujuk perkara ini pada ukhti Timb. Pengerusi Lajnah Riadhah".
Bimbang juga gunung berapi yang bila-bila boleh meletus. terdengar suatu suara yang lain menenangkan sahabatnya:
"Sabarlah akhi, tak sepatutnya kemarahan ni dilepaskan pada orang yang tak sepatutnya".
"Baiklah, sila siasat siapa yang menulis notis ini, ana mahu mendengar penjelasan daripada banat tersebut kemudian membuat permohonan maaf" suara yang garau tadi kembali tenang..
#######################################################################
Kisah tersebut terjadi enam tahun lepas, ketika menuntut di bumi Rusila. Macam-macam gelagat anak buah yang terpaksa ditanggung. Tiba-tiba sahaja saya terkenang kisah ini apabila membaca di dalam sebuah akhbar kisah seorang wanita yang tergadai maruahnya akibat mempercayai seorang lelaki. Tiba-tiba juga saya merasa kewajaran sahabat saya menggelarkan lelaki seperti serigala. Begitu marah sahabat saya yang bergelar lelaki apabila diri mereka dianggap seperti serigala. Huhuhu..
Wajarkah kaum lelaki diibaratkan seperti serigala? Sebelum ini saya pernah terdengar ungkapan "perempuan yang baik adalah yang memandang lelaki seperti serigala". Ungkapan ini saya tidak pasti daripada mana dan sejauh mana kebenarannya.
Cuma bagi saya tidak salah andai dilihat dari sudut positif. Serigala adalah haiwan pemangsa, sekiranya kaum perempuan menganggap kaum lelaki sebagai pemangsa maka secara automatik kaum wanita akan sentiasa berhati-hati apabila berdepan dengan mereka. Di zaman sekarang yang kes rogol, haruan makan anak dan lain-lain yang sedang meningkat, golongan perempuan tidak sepatutnya mudah mempercayai kaum lelaki sehingga terpedaya dan akhirnya maruah diri tergadai. Sudah banyak kes yang dilaporkan, menunjukkan bahawa pemangsa adalah daripada orang yang dikenali.
Jangan marah ya kaum lelaki, masih ramai di antara kalian yang baik-baik dan berpegang teguh pada agama. Namun hakikatnya, apabila iman setipis kulit bawang dan mudah terkoyak, nafsu menjadi raja dan tunggangan, maka di saat itu mangsanya tidak mengenal siapa hatta anaknya sendiri. Didorong pula dengan ketiadaan persekitan yang baik (bi'ah solehah), media massa yang melambakkan bahan-bahan pornografi dan budaya hedonisme menyemarakkan lagi pergaulan bebas dan lain-lain perkara-perkara mungkar.
Kepada kanak-kanak perempuan, kaum ibu sepatutnya memberikan tunjuk ajar dan mengingatkan mereka supaya berhati-hati. Ajari mereka perkara-perkara asas seni untuk menyelamatkan diri seandainya berlaku perkara yang tidak diingini.
Nasihat saya kepada seluruh kaum wanita tidak kira kanak-kanak, remaja, mahupun dewasa. Berhati-hati dengan pergaulan anda terhadap kaum lelaki walaupun mereka adalah mahram anda. Sama ada dari sudut percakapan, tingkah laku, pemakaian dan sebagainya. Kitalah sepatutnya menjadi pembantu menyelamatkan keimanan mereka, bukan merobek ia dengan perbuatan yang tidak sepatutnya.
Asasnya, kita semua hendaklah kembali kepada sumber asal bagi umat Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Sekiranya kita berpegang teguh pada kedua-duanya nescaya kita dijamin tidak akan sesat buat selama-lamanya. Masalah yang terjadi apabila umat Islam enggan beramal dengan ajaran Islam dan berhukum dengan hukum Islam, maka terjadilah keruntuhan akhlak yang sangat parah malah manusia berperangai lebih teruk daripada binatang. Sebagaimana yang disifatkan dalam oleh Allah s.w.t:
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-A’raaf 7:179)
(Al-A’raaf 7:179)
Sedangkan binatang yang bernama serigala pun masih bertasbih, berzikir dan menyayangi anak-anak mereka...
Nota: Tulisan ini wajib dibaca dari sisi pandang wanita kepada wanita untuk megelakkan kesalahfahaman dan 'penyalahertian'. Penulis tiada niat untuk memburuk-burukkan kaum lelaki melainkan memberi peringatan yang agak 'keras' kepada kaum wanita supaya lebih berhati-hati.
suka entry ini
BalasPadam:)
rasa banyak dosa je
nak jaga batasan Ya Tuhan dugaan syaitan memang menyesatkan =/
anyway terima kasih dengan ziarah :)
salam ziarah kembali
salam.. hm.. menarik artikel ni.. walaupun hamba ni lelaki, tapi banyak point2 yang bleh diterima akal.. kadang2 ada yang lebih dari serigala.. aperpun, untuk kata-kata "perempuan yag baik adalah yang memandang lelaki seperti serigala" boleh diterimapakai.. cumenye, ada jugak perempuan yang sukakan serigala.. maybe dia pun golongan tu jugak kot., hehe.. Okey, selamat menulis..
BalasPadam