Selasa, 2 Jun 2009

Serapuh sarang labah-labah?

Sangat menghairankan, bagaimana stadium yang menelan harga RM450 juta boleh runtuh dalam masa dua tahun sahaja? Sila baca berita penuh di sini. Perhatikan gambar-gambar di bawah.

Stadium Gong Badak









Sedangkan rumah setinggan pun hanya mampu diruntuhkan oleh jentolak-jentolak kerajaan. Mungkinkah stadium yang begitu gah itu hanya serapuh sarang labah-labah atau bukti berlakunya ketirisan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri? Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada pihak yang bertanggungjawab. SPRM, ini masanya untuk melaksanakan tugas anda. Rakyat Terengganu sesekali tidak rela duit mereka disia-siakan.

Tiada ulasan:

Catat Komen