Isnin, 15 Jun 2009

Memilih jalan yang susah?

Salam perjuangan..

Seringkali dalam kehidupan, kita akan bertemu dengan persimpangan-persimpangan yang sudah tentu memerlukan kebijaksanaan untuk membuat keputusan sama ada terus melangkah atau menghala ke kiri atau ke kanan. Saya teringat sebuah sajak yang 'femes' bagi pelajar-pelajar SPM.


The Road Not Taken


TWO roads diverged in a yellow wood,

And sorry I could not travel both

And be one traveler, long I stood

And looked down one as far as I could

To where it bent in the undergrowth;
5

Then took the other, as just as fair,

And having perhaps the better claim,

Because it was grassy and wanted wear;

Though as for that the passing there

Had worn them really about the same,
10

And both that morning equally lay

In leaves no step had trodden black.

Oh, I kept the first for another day!

Yet knowing how way leads on to way,

I doubted if I should ever come back.
15

I shall be telling this with a sigh

Somewhere ages and ages hence:

Two roads diverged in a wood, and I—

I took the one less traveled by,

And that has made all the difference.



By: Robert Frost


Penulis bukan peminat sajak Inggeris, tetapi bait-bait sajaknya seolah sesuai untuk menggambarkan keadaan ini. Kehidupan yang diumpamakan sebuah perjalanan menuju ke destinasi. Di sepanjang perjalanan tersebut terdapat persimpangan-persimpangan yang perlu kita hadapi. Ada jalan yang kelihatan mudah dan selalu dilalui ramai orang. Dan ada jalan yang kelihatan jarang dilalui serta penuh semak samun dan duri ranjau yang menghalangi. Kita sesekali tidak berupaya melalui kesemua jalan yang ada. Tidak dapat tidak perlu kepada pilihan. Sudah pasti setiap jalan yang ada akan menatijahkan hasil yang berlainan, berlainan panorama di sepanjang jalan, berlainan kesusahan dan berlainan destinasi dan tempat pengakhiran.


Memilih jalan yang jarang dilalui

Dalam kehidupan kita, mahu atau tidak, suka atau terpaksa, perlu membuat pilihan. Antara iman dan kufar, antara yang hak dan batil, syurga atau neraka, makan atau tidak, tidur atau berjaga, dan lain-lain lagi.

Pilihan-pilihan yang kita buat adalah berdasar maklumat dan info yang kita ada. Semakin banyak maklumat yang kita ada, semakin tepat keputusan yang bakal kita ambil.

Sebagai orang Islam, panduan yang menjadi neraca pemilihan kita adalah al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah S.a.w.


Dalam al-Quran Allah telah mengajar supaya kita berdoa ditunjuki jalan yang benar lagi lurus:

"Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurnia nikmat ke atas mereka dan bukan jalan orang-orang yang telah Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat"

(al-Fatihah:6&7)

Namun jalan kebenaran bukanlah jalan yang mudah atau dihampari permaidani merah bahkan penuh ranjau dan onak duri.

Firman Allah s.w.t:

"Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka wahai Muhammad sesuatu yang berfaedah dan sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh) nescaya mereka yang munafik itu akan mengikutimu, akan tetapi jauh tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka"

(at-Taubah:42)

Justera apapun jalan yang dipilih pastikan jalan yang menuju redha-Nya...

Nota: Penulis dalam mode 'confius' membuat pilihan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan