Al-Imam Ibnul Qayyim Rahimahullah menyatakan bahawa ada berbagai-bagai golongan yang dikira sebagai golongan yang meninggalkan Al-Quran:
- Golongan yang tidak beriman dengan Al-Quran.
- Golongan yang tidak bertadabbur dan memahami maksud Al-Quran.
- Golongan yang tidak beramal dengan isi kandungan Al-Quran.
- Golongan yang tidak berhukum dengan Al-Quran. (tidak menjadikan Al-Quran sebagai dasar dlm perundangan)
- Golongan yang tidak menjadikan Al-Quran sebagai penawar bagi hati.
Ulama-ulama yang lain seperti Ibnu Kathir dan lain-lainnya menambah beberapa golongan-golongan lain yang juga dikira meninggalkan Al-Quran iaitu:
- Golongan yang apabila dibacakan Al-Quran mereka berpaling kepada perkataan yang sia-sia seperti nyanyian dan lain-lain.
- Golongan yang tidak menghafal dan mempelajarinya.
- Golongan yang tidak membacanya.
- Golongan yang tidak mengulangkaji hafalannya.
Sekiranya kita masih tergolong di dalam salah satu golongan tersebut, bererti kita masih tidak menyempurnakan lagi tuntutan Al-Quran tersebut.
Muhasabah:
1. Adakah kita hanya menitik beratkan tentang bacaan seperti tajwid, tarannum, qiraat semata-mata, tetapi tidak berusaha untuk memahaminya, atau memperjuangkannya?
2. Adakah kita hanya bersunggguh-sungguh berjuang menegakkan hokum Al- Quran tetapi kita masih tidak betul bacaan fatihahnya dan tidak berusaha mempelajarinya (jauh sekali untuk membacanya dgn sebutan yang fasih)?
3. Adakah kita seorang hafiz Al-Quran yang sentiasa menjaga hafalannya, tetapi masih takutkan manusia untuk memberi sumbangan atau membantu perjuangan menegakkan Al-Quran?
4. Adakah kita hanya menjadikan Al-Quran sumber pendapatan kita semata-mata?
5. Sejauh manakah hubungan kita dengan Al-Quran?
6. Bandingkan antara
7. Antara majlis ilmu kea rah memahami Al-Quran dengan majlis yang tidak berfaedah di sudut agama, yang manakah yang banyak kita sertai?
8. Antara lagu-lagu dan surah Al-Quran yang manakah kita lebih banyak menghafalnya?
9. Adakah kita telah bersama-sama dengan perjuangan menegakkan Al-Quran khususnya di bumi
Berusahalah menjadikan diri kita benar-benar pendokong dan pencinta Al-Quran. Ingatlah bahawa PEJUANG SEBENAR IALAH PEJUANG YG MENDAMPINGI AL-QURAN, DAN AHLI QURAN YANG SEBENAR IALAH MEREKA YANG BERJUANG, rosaklah perjuangan tanpa Al-Quran dan hinalah ahli Quran tanpa perjuangan.
Rujukan:
1. Al-Quran
2. Tafsir Ibnu Kathir Jld 3
3. Tafsir Munir, jzk 19, ms 61
4. Fi zhilalil Quran.
5. Tafsir Qurthub
Sumber: Abu Basyir al-Buqri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan